Friday, March 21, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    DBP agih 100 pek bubur

    Oleh Salawati Haji Yahya

    TUTONG, 26 JULAI – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Daerah Tutong baru-baru ini mengagihkan sebanyak 100 pek bubur kepada orang ramai secara pandu lalu melalui projek amalnya.

    Projek amal itu adalah sempena sambutan beberapa keraian pada bulan ini, antaranya Sambutan Bulan Bahasa, Hari Raya Aidiladha dan memperingati 29 tahun perasmian bangunan DBP daerah itu.

    Pengagihan bubur yang juga diadakan di cawangan-cawangan DBP di seluruh negara itu adalah salah satu inisiatif kakitangan untuk memperkenalkan perpustakaan kepada penduduk dan masyarakat di samping sebagai mendapatkan sumber ilmu dan berperanan sebagai tempat komuniti mengadakan aktiviti bermanfaat.

    Dengan adanya projek amal seperti ini, ia akan dapat merapatkan lagi hubungan antara perpustakaan dan orang ramai terutama penduduk di daerah ini.

    Warga DBP cawangan Tutong bergambar ramai di hadapan premis DBP dengan pek bubur yang diagihkan secara pandu lalu.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda