Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    DBP anjur Bengkel Kritikan Sastera

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Sebagai salah satu usahanya untuk memartabatkan bahasa dan sastera tanah air, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Sastera dan Majalah menganjurkan Bengkel Kritikan Sastera 2023 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

    Majlis pembukaan bengkel berkenaan telah berlangsung di Balai Sarmayuda, DBP di mana hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah DBP, Awang Suip bin Haji Abdul Wahab.

    Peserta bengkel terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan, mahasiswa dan mahasiswi institut pengajian tinggi serta peserta persendirian, termasuk mereka yang pernah menyertai Peraduan Menulis Kritikan Sastera Bahana DBP yang diadakan setiap tahun.

    Pada tahun ini, peserta buat julung-julung kalinya berpeluang mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada seorang pakar dari luar negara iaitu Timbalan Dekan (Ijazah Tinggi) Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia, Profesor Madya Dr Tengku Intan Marlina binti Tengku Mohd Ali.

    Bengkel merupakan kegiatan berbentuk bimbingan untuk meningkatkan kemahiran, keupayaan pemahaman dan penguasaan karya sastera dengan penerapan atau penggunaan teori dan konsep kritikan sastera.

    Antara lain objektifnya adalah memberi bimbingan serta mengembang majukan pengetahuan dan pemikiran penulis muda dalam penulisan kritikan sastera, khususnya penerapan atau pengaplikasian teori terhadap sesebuah kajian.

    Di samping itu, untuk menyediakan ruang dan peluang bagi para penulis untuk mempelajari dan menerapkan teknik penulisan kritikan sastera melalui perkongsian ilmu antara pembimbing dan peserta.

    Dengan adanya bengkel itu, ia diharap dapat mewujudkan budaya kritikan penuh kreatif serta pemikiran yang inovatif terhadap karya sastera, dengan membawa gagasan pemikir sastera yang unggul, serta dapat melahirkan pelapis atau penerus penyumbang bahan bagi majalah terbitan jabatan khususnya majalah Bahana.

    Profesor Madya Dr Tengku Intan Marlina semasa mengendalikan bengkel tersebut. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya
    Antara yang menghadiri bengkel Kritikan Sastera 2023 yang berlangsung di Balai Sarmayuda, DBP. – Gambar oleh Salawati Haji Yahya

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...