Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 25 MAC – Dengan cuti sekolah yang sedang berlangsung untuk pelajar-pelajar di seluruh negara, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kampung Pandan telah memulakan Program Cuti Sekolah, hari ini.
Hari pertama program itu menyaksikan kanak-kanak berumur empat hingga tujuh tahun menyertai permainan Jom Kira dan Detektif Matematik, manakala kanak-kanak berumur lapan hingga 11 tahun turut mengambil bahagian dalam Aktiviti Matematik rekreasi.
Setiap hari sepanjang program sehingga 6 April akan menampilkan pelbagai aktiviti bertemakan literasi dan numerasi pendidikan, menyediakan platform bagi kanak-kanak untuk belajar dan memanfaatkan sepenuhnya cuti sekolah sambil mereka meneroka dan mengembangkan kemahiran dan pengetahuan mereka di luar bilik darjah.
Ini kemudiannya akan berakhir dengan Pustaka Ria yang dijadualkan akan diadakan pada hari terakhir program pada 6 April.











