Thursday, October 3, 2024
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    DDT FT tempah slot akhir kejohanan futsal

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Pasukan DDT FT berjaya melayakkan diri ke slot terakhir Liga Futsal Elita Brunei (BEFL) 2024/2025 selepas menewaskan pasukan PES menerusi perlawanan play-off yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Universiti Brunei Darussalam, kelmarin.

    “Kejayaan ini sangat bermakna buat DDT FT. Walaupun kami berdepan pelbagai cabaran, usaha gigih serta kesungguhan pasukan dalam menghadapi perlawanan play-off akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan,” kata Penolong Pengurus DDT FT, Haji Joharis bin Haji Bali.

    Beliau menambah, persaingan dalam BEFL dijangka akan lebih mencabar dan DDT FT akan berusaha lebih keras untuk menyaingi kekuatan pasukan-pasukan lain yang sudah pasti mempunyai kelebihan masing-masing.

    “Kombinasi pemain baharu dan senior diharapkan dapat memberikan impak yang positif kepada pasukan. Kecekalan dalam menghadapi pelbagai situasi juga perlu diterapkan dalam diri setiap pemain,” tambahnya.

    Dalam perlawanan play-off pertama, DDT FT memenangi perlawanan dengan jaringan 3-1. Bagaimanapun, PES berjaya mengejar agregat kepada 3-3 selepas memenangi perlawanan kedua dengan keputusan 2-0.

    DDT FT akhirnya berjaya merebut slot terakhir ke BEFL 2024/2025 selepas menewaskan PES menerusi sepakan penalti.

    Edisi BEFL 2024/2025 akan menyaksikan penyertaan lapan pasukan, iaitu Kasuka AR Rawda, MS ABDB, Almerez HiTUNE FC, Kota Ranger FC, Shah Utd, Arbisyam FC, DDT FT dan Buangkok FC dari Singapura.

    Pasukan DDT FT merakamkan kenangan bergambar ramai selepas berjaya menempah slot akhir kejohanan tersebut. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda