Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    De Bruyne pemain terbaik Liga Perdana musim ini

    LONDON, 22 MEI – Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne dinamakan sebagai Pemain Liga Perdana musim ini kelmarin, dengan rakan sepasukannya Phil Foden memenangi anugerah Pemain Paling Muda untuk tahun kedua berturut-turut.

    De Bruyne telah menjaringkan 15 gol liga terbaik dalam karier beliau dan 13 assists untuk mendapatkan anugerah penyokong buat kali kedua selepas turut memenanginya pada 2019-20.

    Pemain Belgium itu menamatkan saingan di atas rakan sepasukan City, Joao Cancelo, gandingan Liverpool, Trent Alexander-Arnold dan Mohamed Salah, Jarrod Bowen dari West Ham, Bukayo Saka dari Arsenal, James Ward-Prowse dari Southampton serta Son Heung-min dari Tottenham.

    De Bruyne ialah pemain keempat memenangi anugerah tersebut dua kali selepas Thierry Henry, Cristiano Ronaldo dan Nemanja Vidic.

    Foden telah memainkan peranan penting dalam usaha City untuk mengekalkan kejuaraan Liga Perdana, menjaringkan sembilan gol dan menghasilkan lima assists.

    Pemain berusia 21 tahun itu telah menyamai jumlah gol dan assist dari musim lalu dan boleh mengatasinya dalam penentuan kejuaraan Liga Perdana City menentang Aston Villa nanti. Skuad kendalian Pep Guardiola berada satu mata di hadapan Liverpool yang menduduki tempat kedua dan akan dijamin memenangi kejuaraan Inggeris keempat dalam lima musim jika mereka mampu menewaskan Villa di Stadium Etihad.

    Liverpool pula akan memenangi kejuaraan jika mereka mengalahkan Wolves dan City kehilangan mata.

    Foden menamatkan saingan mengatasi Alexander-Arnold, Mason Mount dari Chelsea, Declan Rice dari West Ham, gandingan Arsenal, Saka dan Aaron Ramsdale serta pasangan Crystal Palace, Conor Gallagher dan Tyrick Mitchell. – AFP

    Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne dipilih sebagai pemain terbaik Liga Perdana bagi musim ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...