Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    De Gea oh De Gea

    MANCHESTER, 29 April – Satu lagi kesilapan David de Gea memberikan ancaman besar buat Manchester United dalam memburu tempat Liga Juara-Juara ketika Chelsea meletakkan mereka di kedudukan empat terbaik Liga Perdana selepas seri 1-1 di Old Trafford, semalam.

    De Gea gagal menangkap kemas cubaan jarak jauh Antonio Rudiger yang membenarkan Marcos Alonso menyamakan kedudukan sejurus sebelum tamat babak pertama selepas jaringan pembukaan Juan Mata sebelum itu.

    Satu mata menamatkan rentetan tujuh kekalahan dalam sembilan perlawanan buat United, tetapi tidak banyak membantu skuad Ole Gunnar Solskjaer untuk mengatasi Chelsea yang kekal tiga mata di depan Red Devils dan memiliki kelebihan jaringan.

    Kekalahan Arsenal kepada Leicester sebelum itu bermakna skuad Maurizio Sarri naik dua mata di depan Gunners berbaki dua perlawanan dalam kempen kali ini.

    Solskjaer membuat lima perubahan dari pasukan yang tewas kepada Manchester City pada pertengahan minggu. Bagaimanapun, beliau menegaskan dia tidak akan menyesal dengan De Gea yang kembali menghantuinya selepas permulaan positif dari tuan rumah.

    Romelu Lukaku adalah salah seorang pemain yang dipanggil menyertai barisan permulaan dan sepatutnya memberi ganjaran kepada pengurusnya dalam masa lima minit dengan gol pembukaan ketika berada di belakang pertahanan Chelsea tetapi membenarkan Kepa Arrizabalaga menghalangnya dengan menyempitkan sudut.

    Lukaku dengan cepat membuat perubahan ketika United mencetak gol daripada pertandingan terbuka untuk pertama kalinya dalam dua minit dalam sembilan jam. Hantaran pemain Belgium itu dimanfaatkan Luke Shaw sehingga menemui Mata untuk menggegarkan gawang bekas pasukannya. – AFP

    Reaksi De Gea selepas gawangnya bolos ketika menentang Chelsea di Old Trafford, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda