Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    De Ketelaere pindah ke AC Milan

    ROM, 4 OGOS – Penyerang Belgium, Charles De Ketelaere melengkapkan perpindahannya ke AC Milan dari Club Brugge dengan menandatangani kontrak lima tahun bersama juara Serie A itu.

    Pemain berusia 21 tahun itu, yang beraksi sebanyak lapan kali di peringkat antarabangsa, tiba di Milan pada malam Isnin dan disambut oleh peminat.

    Dia memulakan ujian perubatannya pada waktu pagi sebelum menandatangani kontrak dengan kelab Itali itu.

    De Ketelaere menulis di Twitter dengan memberi penghormatan kepada kelab tempat kelahirannya, Brugge, yang disertainya sejak berusia tujuh tahun.

    “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Club Brugge kerana memberi saya peluang sejak kecil untuk berada dalam skuad mereka, kerana membuat impian saya menjadi kenyataan, dan melatih saya sebagai pemain profesional,” katanya.

    AC Milan dilaporkan membelanja 35 juta pound termasuk bonus dan dia menjadi penyerang Belgium kedua yang ditandatangani oleh Milan selepas mendapatkan Divock Origi dari Liverpool.

    Bagaimanapun, Milan kehilangan pemain tengah bertahan, Franck Kessie yang berhijrah ke Barcelona, manakala pertahanan tengah, Alessio Romagnoli pula menyertai Lazio.

    Milan akan memulakan kempen mempertahankan kejuaraan dengan menentang Udinese pada 13 Ogos ini. – AFP

    Gambar fail menunjukkan aksi Charles de Ketelaere (tengah) bersaing mendapatkan bola semasa perlawanan di antara Royale Union Saint-Gilloise dan Club Brugge di Brussels. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...