WASHINGTON, 5 Ogos – Pemain muda Australia, Alex De Minaur, 19, menyelamatkan empat mata penamat semalam untuk layak ke final Terbuka Washington ATP hari ini, di mana dia akan bersaing dengan juara bertahan dan pemain ketiga dunia, Alexander Zverev.
Pemain muda itu menyingkirkan pemain berusia 20 tahun dari Rusia, Andrey Rublev 5-7, 7-6 (8/6), 6-4 selepas dua jam 52 minit manakala Zverev, pemain Jerman berusia 21 tahun menewaskan pemain muda Greece, Stefanos Tsitsipas 6-2, 6-4.
“Ia satu daripada kejayaan terbesar dalam karier saya. Bertungkus-lumus dan tidak berputus asa. Saya amat bangga dengan keupayaan saya,” kata De Minaur.
De Minaur, pemain ranking ke-72, menang enam mata terakhir tie-break untuk memaksa penentuan set ketiga, kemudian mematahkan servis pemain ranking ke-46 Rublev pada game terakhir, menang menerusi peluang mata penamat keempat apabila servis pemain Rusia itu double fault. – AFP