Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    De Paula, Shahrul luah hasrat tinggalkan Perak FC

    IPOH, 7 MEI – Penyerang Perak FC kelahiran Brazil Guilherme De Paula dan kapten pasukan, Shahrul Mohd Saad disahkan menghantar surat rasmi, untuk meninggalkan pasukan berkenaan.

    Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC Rizal Ali Naizali berkata surat tersebut dihantar kepada pihaknya baru-baru ini, bagi memaklumkan hasrat mereka dalam mencari nafas baharu untuk baki saingan Liga Super 2021.

    “Sama ada mereka akan menyertai pasukan lain, itu belum diputuskan. Tapi saya boleh sahkan, ada pasukan yang telah bertanya status pemain tersebut. Jadi saya perlu menemui ejen pemain untuk berbincang dengan lebih lanjut,” katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

    Sebelum ini, desas-desus menyatakan Shahrul akan berpindah ke Sri Pahang FC dalam mengharungi baki Liga Super 2021 seperti yang tular di Facebook, manakala De Paula pemain naturalisasi negara sedang diintai beberapa pasukan ternama tanah air. Perak FC kini berada di kedudukan ke-10 Liga Super, selepas menamatkan separuh kempen liga setakat ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda