Thursday, July 17, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Deandre Ayton sertai Lakers

    CALIFORNIA, 3 JULAI – Pemain tengah Deandre Ayton telah bersetuju untuk menyertai Los Angeles Lakers sebagai ejen bebas, menurut dua individu yang mengetahui perjanjian tersebut kepada AP kelmarin.

    Kedua-dua individu itu bercakap dengan syarat tidak mahu dikenali kerana perjanjian tersebut belum boleh diumumkan secara rasmi antara Lakers dan Ayton, yang merupakan pilihan pertama keseluruhan dalam Draf NBA 2018 dua tempat di hadapan Luka Doncic.

    Portland Trail Blazers membeli kontrak Ayton hujung minggu lalu dan pemain itu telah bersetuju untuk menyertai Doncic dan LeBron James dalam satu perjanjian bagi musim akan datang, dengan pilihan pemain untuk musim 2026-27.

    Ayton dijangka menerima lebih AS$25 juta daripada Blazers walaupun bermain bersama Lakers musim depan.

    Kehadiran Ayton melengkapkan keperluan paling besar Lakers dalam musim perpindahan ini, dengan memberikan sasaran ‘lob’ kepada James dan Doncic.

    Meskipun Ayton bukan terkenal sebagai pemain pertahanan utama, pemain setinggi tujuh kaki itu memberikan saiz yang telah dirindui Lakers sejak memindah Anthony Davis ke Dallas untuk mendapatkan Doncic.

    Ayton, yang bakal menyambut ulang tahun ke-27 bulan ini, menghabiskan lima musim pertama dalam NBA bersama Phoenix Suns sebelum menyertai Trail Blazers dua tahun lalu sebagai sebahagian daripada pertukaran tiga pasukan yang menyaksikan Damian Lillard berpindah ke Milwaukee.

    Ayton bergelut sewaktu bersama Portland ketika mewakili pasukan yang kurang menyerlah, namun secara purata dia telah mencatat 16.4 mata dan 10.5 rebound sepanjang tujuh musim NBA sambil melakukan 59 peratus jaringan tepat. – AP

    Deandre Ayton dan Nikola Jokic berebut bola pada separuh masa kedua perlawanan bola keranjang NBA, 10 Februari, di Denver. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda