Wednesday, May 14, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Debaran EPL kembali

    LONDON, 27 SEPT – Liverpool dan Manchester City kelihatannya sekali lagi bakal bersaing merebut gelaran Liga Perdana sesama mereka, sementara pesaing-pesaing lain bergelut untuk memberikan saingan.

    Kedua-dua pasukan bersaing hebat musim lepas, dengan pemenang kedua, Liverpool, menamatkan 25 mata di depan pasukan di tempat ketiga Chelsea dan musim ini ia dilihat terjadi sekali lagi.

    Kedua-dua pendahulu liga itu dilihat berpotensi meraih tiga mata hujung minggu ini meskipun bermain di laman lawan, yang mana Liverpool berkunjung ke Sheffield United dan City ke Everton.

    Leicester, Arsenal dan West Ham menjadi pesaing terdekat mereka dan pendahulu awal bagi merebut dua slot terakhir Liga Juara-Juara walaupun hanya tiga menang selepas enam perlawanan di antara mereka.

    Tottenham, Chelsea dan Manchester United, semuanya bergelut dan tertekan untuk kembali ke landasan yang dimahukan.

    Antara reaksi Pochettino (kiri) dan Guardiola ketika pasukan kendalian mereka bertembung di Stadium Etihad pada 17 Ogos 2019. – AP

    City tidak menunjukkan belas kasihan ke atas Watford hujung minggu lalu, membelasah Hornets 8-0 dalam aksi dominan, yang turut diakui oleh penjaga gol lawan, Ben Foster.

    Namun skuad Pep Guardiola mungkin mendapati diri mereka lapan mata di belakang dalam perebutan gelaran sebelum sepak mula di Goodison Park sekiranya Liverpool mengekalkan rekod kemenangan mereka.

    Skuad kendalian Jurgen Klopp mempunyai peluang untuk meraih kemenangan ke-16 Liga Perdana dalam sepak mula yang diadakan di Sheffield.

    Tottenham mensia-siakan peluang untuk merebut satu trofi di bawah kendalian Mauricio Pochettino, dengan kekalahan memalukan kepada pasukan League Two, Colchester menerusi penentuan sepakan penalti.

    Spurs hanya menang dua dari lapan perlawanan pembukaan mereka dalam semua kejohanan dan empat dari 17 perlawanan terakhir mereka sejak musim lepas.

    Dengan Bayern Munich berkunjung ke Spurs dalam saingan Liga Juara-Juara Rabu depan, rekod itu diambang menjadi lebih buruk melainkan Pochettino mendapat respons daripada pasukannya menentang Southampton hujung minggu ini.

    Sementara itu Chelsea bermain jauh lebih baik dalam Piala Liga apabila menang 7-1 ke atas Grimsby bagi memberikan Frank Lampard kemenangan pertamanya di Stamford Bridge.

    Berbeza dengan Spurs, Chelsea di permulaan satu era baharu dan terdapat petanda meyakinkan bagi Lampard semasa kekalahan 2-1 kepada Liverpool hujung minggu lepas. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda