Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Debat kedua pilihan raya presiden AS bermula

    WASHINGTON, 31 JULAI – Pusingan kedua perdebatan sempena pilihan raya presiden Amerika Syarikat bermula semalam di Detroit, Michigan, lapor agensi berita Xinhua.

    Dua calon Demokrat, Senator Bernie Sanders dari Vermont dan Senator Elizabeth Warren dari Massachusetts, berkongsi pentas perdebatan bersama dengan lapan pencabar lain.

    Mereka dijangka mengetengahkan isu seperti penjagaan kesihatan, imigresen, keganasan senjata api dan ekonomi.

    Satu lagi perdebatan akan diadakan pada malam ini, dijadual dihadiri oleh sepuluh lagi calon Demokrat, termasuk bekas naib presiden AS Joe Biden.

    Musim kempen maraton tidak akan berakhir untuk satu tahun lagi, namun timbulnya rasa terdesak untuk kebanyakan calon untuk menang. Lebih ramai lagi yang akan disingkirkan daripada pusingan seterusnya. – AP

    Sanders (kiri) dan Elizabeth mengambil bahagian dalam pusingan pertama daripada dua perdebatan calon presiden Demokratik yang dianjurkan oleh CNN di Fox Theatre, Detroit, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda