Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    Debat presiden antara Biden, Trump huru-hara

    WASHINGTON, 28 JUN –  Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan bekas Presiden, Donald Trump berusaha menetapkan kepentingan untuk pengundi AS pada malam Khamis, dalam debat presiden pertama yang kerap terganggu oleh serangan peribadi dan hujah yang tidak teratur.

    Dalam debat yang tidak seimbang itu, Biden sering bergelut untuk mengekalkan fokusnya manakala Trump dengan penuh semangat mengeluarkan beberapa kenyataan yang mengelirukan dan palsu sambil mengelak daripada menjawab soalan moderator dengan jelas.

    Agensi Anadolu melaporkan bahawa kedua-duanya berusaha untuk menyakinkan pengundi mengenai pendekatan yang jauh berbeza yang akan diambil mereka sekiranya mereka menang.

    Dengan suara serak sepanjang malam, Biden menggambarkan Trump sebagai punca kepada keuntungan golongan elit kaya di Amerika dengan mengatakan dia ‘memberi ganjaran kepada golongan kaya’ termasuk melalui ‘pemotongan cukai terbesar dalam sejarah Amerika’ yang menurut Biden telah memburukkan defisit negara.

    Biden secara palsu mendakwa bahawa beliau adalah satu-satunya presiden yang tidak mengakibatkan ‘mana-mana tentera terkorban di mana-mana sahaja di dunia’ semasa tempoh beliau memegang jawatan. 

    Trump cuba menggambarkan empat tahun pertama pemerintahan Biden sebagai ‘bencana’ apabila berulang kali memberitahu penonton bahawa ‘negara kita sedang musnah’ khususnya mengenai keadaan ekonomi AS dan dasar imigresen Biden.

    “Kita hidup dalam neraka. Kita ada rakyat Palestin dan ramai yang melakukan rusuhan di seluruh tempat,” katanya merujuk kepada protes pro-Palestin yang berterusan di seluruh negara itu yang telah meletus berikutan perang Israel ke atas Gaza dan sokongan material AS yang berterusan untuk serangan besar-besaran itu. – Bernama

    Pengunjung menyaksikan debat Presiden Joe Biden dengan calon presiden Republikan, bekas Presiden Donald Trump yang disiarkan di Scottsdale, Arizona pada 27 Jun. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...