Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Debu, lalat aktifkan penggera kebakaran

    BERLIN, 17 JAN – Habuk dan lalat yang terdapat pada pengesan asap menyebabkan sistem penggera kebakaran di Muzium Ennepetal Industrial yang terletak di bandar Ennepetal di barat Jerman berbunyi, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Sistem penggera itu berbunyi pada kira-kira pukul 4 petang kelmarin.

    Pihak bomba yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan tiada kebakaran berlaku selepas pemeriksaan menyeluruh dilakukan.

    “Sehubungan itu, operasi pasukan bomba dari balai utama dan satu unit dari pasukan bomba sukarela juga ditamatkan,” menurut kenyataan pihak bomba. 

    Habuk dan lalat yang tertinggal dalam alat pengesan asap kadangkala boleh menyebabkan sensor berbunyi.

    “Awda boleh membersihkannya dengan penyapu atau pembersih vakum untuk menghalang penggera berbunyi,” kata seorang pekerja perkhidmatan bomba. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...