Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Debu tebal badai Phoenix

    WASHINGTON, 27 OGOS – Debu tebal melanda Phoenix, menjerumus hampir keseluruhan bandar barat daya Amerika Syarikat dalam kegelapan, mendorong penerbangan ditangguhkan, menyebabkan pemandu terkandas di jalan raya dan memutuskan bekalan elektrik di kediaman beribu-ribu penduduknya.

    Debu tebal atau haboob yang berlaku Isnin lalu adalah fenomena biasa semasa musim tengkujuh di kawasan padang pasir.

    Haboob terbentuk apabila ribut petir meletus, membawa udara sejuk ke padang pasir, dan mencetuskan debu tebal yang menjulang tinggi sehingga beribu-ribu kaki.

    Ribut debu itu diikuti hujan lebat dan kilat yang mencetuskan amaran banjir kilat.

    “Debu tengkujuh adalah keadaan serius,” Bandar Phoenix memberi amaran kepada X, sambil berkongsi gambar debu tebal yang menjulang naik di atas kapal terbang.

    Ribut debu tebal menghampiri kawasan metro Phoenix pada 25 Ogos di Phoenix. – AP

    Media tempatan berkata cuaca itu merosakkan sebahagian bumbung di Lapangan Terbang Phoenix Sky Harbor.

    Trico Electric Co-op melaporkan 7,200 pelanggan tidak mempunyai bekalan elektrik, manakala polis di bandar Gilbert berkata pokok tumbang dan lampu isyarat yang rosak menimbulkan keadaan pemanduan yang berbahaya.

    Debu mengurangkan jarak penglihatan kepada hanya berpuluh-puluh kaki di lebuh raya I-10, manakala satu lagi jalan raya yang sibuk, I-17, sebahagiannya ditutup akibat banjir, menurut Jabatan Pengangkutan Arizona.

    Secara keseluruhannya, lebih dua juta orang terjejas, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS), yang menasihatkan pemandu kenderaan yang terperangkap supaya berhenti dan mematikan lampu mereka untuk mengelakkan kekeliruan dari[ada pemandu lain. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda