Penyanyi dan pelakon Indonesia, Raffi Ahmad mendedahkan bahawa beliau pernah disahkan positif COVID-19 dan mempunyai alasannya tersendiri mahu merahsiakannya sebelum ini daripada khalayak ramai.
Menerusi video di YouTube Ivan Gunawan, suami kepada Nagita Slavina itu mengakui bahawa beliau pernah disahkan positif COVID-19. Walaubagaimanapun, Raffi Ahmad menganggap hal yang berlaku itu aneh kerana dia disahkan positif COVID-19 hanya satu hari sahaja.
“Saya pernah positif COVID-19, ia benar. Tetapi anehnya, ia cuma sehari,” jelas Raffi Ahmad Raffi Ahmad beruntung kerana keadaan tubuhnya pada ketika itu baik-baik sahaja dan hanya mengalami batuk ringan tanpa ada gejala lain. Beliau turut menyatakan keadaan tubuhnya baik-baik sahaja ketika positif COVID-19 kerana beliau sudah divaksin dua kali. “Saya rasa kerana saya sudah divaksin, dua kali vaksin, antibodinya kuat,” kataRaffi Ahmad.
Walaupun keadaan tubuhnya sembuh hanya satu hingga dua hari, Raffi Ahmad memilih untuk berhenti melakukan aktiviti selama tiga minggu. Menjelaskan alasan tidak mendedahkan pada khalayak ramai, Raffi Ahmad menjelaskan bahawa dia hanya malas kerana khuatir akan dituduh COVID-19 endorser.
“Saya malas untuk dedahkan pada khalayak ramai, ketika orang ramai mengatakan COVID-19 endorsed. Sebab itu semalam seperti ‘ah sudahlah’, saya berdiam saja,”kata Raffi Ahmad. – Agensi
