Meskipun pernah terlantar selama satu tahun di hospital gara-gara pembedahan plastik yang dilakukannya sebelum ini, penyanyi Kwanghee mengakui tidak serik malah berhasrat untuk melakukan lebih banyak perubahan pada wajahnya. Menurut laporan Koreaboo.com penyanyi itu menerusi sebuah wawancara radio tempatan menyatakan hasratnya untuk ‘mengikis’ bahagian dagunya yang kelihatan semakin panjang lebih-lebih lagi selepas kehilangan berat badan.