Monday, July 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Dedah maklumat asas ASEAN melalui jerayawara

    Oleh Sim Y. H.-

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat selaku Sekretariat bagi Jawatankuasa Kecil Penerangan (SCI) ASEAN-COCI telah mengadakan Jerayawara Kenali ASEAN di Sekolah St George yang berlangsung di Dewan Parish, sekolah berkenaan, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan, di sini, jerayawara berkenaan dihadiri oleh Timbalan Pengetua, Awang Mohamed Mubarak, para tenaga pengajar dan seramai 180 orang pelajar Tahun 7 dan 8 sekolah berkenaan.

    Taklimat Kenali ASEAN disampaikan oleh Ketua Meja Hal Ehwal Antarabangsa, Unit Perhubungan Korporat, Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail, yang antara lain bagi menanamkan kesedaran dalam kalangan pelajar sekolah sebagai sebahagian daripada masyarakat ASEAN, selaras dengan moto ASEAN: Satu Visi, Satu Identiti, Satu Komuniti.

    Jerayawara berkenaan diadakan dalam hasrat untuk membarigakan mengenai ASEAN, selain sebagai usaha berterusan bagi menyuntik semangat patriotisme dan sifat perpaduan (ASEAN-ness) dalam kalangan pelajar untuk menghayati fungsi dan tujuan ASEAN ditubuhkan.

    Pada masa yang sama, ia juga dapat mengukuhkan hubungan antara Jabatan Penerangan dengan masyarakat khususnya para pelajar yang bakal mewarisi kesinambungan bangsa dan seterusnya memainkan peranan penting dalam memangkin hala tuju negara satu masa
    nanti.

    Ia juga sebagai usaha berterusan untuk membarigakan serta memberikan pendedahan meluas mengenai maklumat asas berkaitan ASEAN kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di negara ini.

    Awang Eddy Iswandy semasa menyampaikan Taklimat Kenali ASEAN. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    Antara pelajar Tahun 7 dan 8 Sekolah St George yang menghadiri jerayawara tersebut. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua askar, enam suspek militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir

    NEW DELHI, 7 JULAI – Dua anggota tentera dan enam suspek militan terkorban dalam dua pertempuran berasingan di Kashmir yang ditadbir India, menurut polis, hari...