Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    Dedah murid kepada peranan JBP

    Oleh Salawati Haji Yaha
    Gambar Serahan JBP

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Dalam memberi pendedahan akan peranan dan fungsi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), dua buah sekolah agama di negara ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke balai bomba, baru-baru ini.

    Dalam lawatan ke Balai Bomba Bangar, Cawangan Operasi G, 14 orang murid Sekolah Ugama Senukoh bersama guru-guru berpeluang mengetahui dan melihat lebih dekat lagi tugas yang dipikul oleh anggota JBP.

    Semasa lawatan, rombongan berpeluang mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh Stesen Komander Balai Bomba Bangar, SO Ishraqi bin Haji Sidup.

    Murid-murid juga berpeluang melihat lebih dekat perkakas yang digunakan untuk operasi menyelamat selain menaiki jentera bomba.

    Lawatan diakhiri dengan ucapan penghargaan daripada Pegawai Operasi di Cawangan Operasi G, SSFR Mohammad Zyakwan bin Awang Idris dan seterusnya bergambar ramai.

    Sementara itu, seramai 69 orang murid dan guru dari Sekolah Ugama Katok B juga telah mengadakan lawatan serupa ke Balai Bomba Jerudong, Cawangan Operasi F.

    Sebelum mengadakan lawatan sekitar balai, rombongan juga diberikan taklimat ringkas mengenai tugas-tugas dan peranan anggota bomba oleh Stesen Komander Balai Bomba Jerudong, Pemangku ASFR Aliman bin Hj Salleh.

    Selain itu, mereka juga berpeluang melihat secara dekat perkakas menyelamat, menaiki jentera bomba dan menyaksikan demonstrasi memadam kebakaran menggunakan alat perkakas TURBEX yang mengeluarkan buih.

    Salah seorang murid berpeluang mencuba salah satu alat memadam api.
    Pelajar Sekolah Ugama Katok B teruja melihat cara-cara memadam kebakaran menggunakan alat perkakas TURBEX yang mengeluarkan buih.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...