Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Dedah pelajar dalam bidang akademik

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Rombongan terdiri dari lima orang pelajar dan dua orang guru pengawas telah dicalonkan oleh Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP), Kementerian Pendidikan untuk menyertai Program TF-NUS Youth Environment Camp (YEC) 2022 yang diadakan di Singapura bermula 20 hingga 26 November.

    Program itu dianjurkan oleh National University of Singapore (NUS) di mana pelajar-pelajar yang terpilih merupakan mereka yang sedang menuntut di peringkat Pra U, berumur 17 hingga 20 tahun berdasarkan kepada kecemerlangan mereka dalam mata pelajaran Sains dan Teknologi serta minat dalam topik alam sekitar dan perubahan iklim.

    Rombongan yang dicalonkan ialah Dayangku Nur Basyirah binti Pengiran Mohd Noor Joffren dari Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli), Dayang Noor Zulaikha binti Muhammad Zulhilmi dari PTE Sengkurong, Dayang Miza Hannani binti Haji Hazren dari PTE Belait, Alvin Teo Kui Thian dari PTE Tutong serta Awang Muhammad Nabil Aiman bin Haji Idham Khalid dari PTE Meragang.

    Guru-guru pengawas yang terpilih bagi program berkenaan ialah Haji Eddy Masirwan bin Haji Dolah dari Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (Maktab Sains) dan Dayang Siti Rohaini Mohd Saleh dari PTE Tutong.

    Rombongan terdiri dari lima orang pelajar dan dua orang guru pengawas bergambar ramai untuk menyertai Program TF-NUS YEC 2022 yang diadakan di Singapura. – Gambar serahan Kementerian Pendidikan

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...