Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dedah pelajar fungsi perkhidmatan pos

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Seramai 48 orang pelajar dan tujuh orang guru dari Sekolah Menengah Lambak Kiri telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pusat Memproses Mel dan Bungkusan, Jalan Lapangan Terbang Lama, Berakas, baru-baru ini.

    Lawatan tersebut diadakan antara lain bertujuan untuk memberikan pendedahan dan berkongsi maklumat agar para pelajar dapat memahami lagi perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di samping memahami cara-cara perkhidmatan pos berfungsi.

    Dalam lawatan tersebut, para pelajar telah dialu-alukan oleh kakitangan MPC dan berpeluang untuk melihat sendiri proses pembungkusan mel dan cara-cara penghantarannya.

    Para pelajar turut mendengarkan taklimat pengenalan mengenai Jabatan Perkhidmatan Pos yang telah disampaikan oleh wakil kakitangan di jabatan berkenaan.

    Seramai 48 orang pelajar dan tujuh orang guru dari Sekolah Menengah Lambak Kiri bergambar ramai semasa lawatan tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda