Oleh Syahmi Hassan
TUTONG, 29 Mac – Bagi memperkenalkan pelajar-pelajar dengan sejarah kaligrafi Cina dan kemunculannya sebagai suatu seni, Sekolah Chung Hwa Kiudang telah mengadakan Kempen Kaligrafi Cina yang berlangsung di sekolah berkenaan, baru-baru ini.
Kempen selama empat hari itu telah disertai oleh seramai 14 orang pelajar rendah atas dan tiga orang guru. Sekolah tersebut juga menjemput empat orang fasilitator untuk menjalankan aktiviti kaligrafi dengan para peserta.
Manakala, di penghujung kempen tersebut, satu majlis penyampaian sijil dan anugerah kepada para peserta telah diadakan dan disempurnakan oleh Pemangku Pengetua Sekolah Chung Hwa Kiudang, Leong Yueh Moi.
