Dedah perangai pelik sahabat

Bagi anda kaki KDrama semestinya anda tidak terlepas menonton drama Goblin yang dibintangi oleh Lee Dong Wook dan Gong Yoo.

Bukan sekadar jalan penceritaannya yang bagus, tetapi apa yang menarik perhatian penonton adalah hubungan persahabatan dua pelakon utama ini. Rata-rata peminat mengetahui hubungan persahabatan dua pelakon ini masih terjalin sehingga kini walaupun mereka sudah selesai penggambaran bagi drama tersebut.

Malah apa yang menarik perhatian lagi, Gong Yoo turut menjadi tetamu jemputan pertama menerusi satu rancangan bual bicara, ‘Because I Want To’ yang dihoskan oleh Lee Dong Wook. Berdasarkan laporan dari Soompi, episod pertama rancangan ini ditayangkan baru-baru ini.

Menerusi rancangan itu, Gong Yoo dilihat sempat bergurau mengatakan bahawa dia tidak menyangka bahawa Lee Dong Wook menjadi hos untuk rancangan itu. Kongsi Gong Yoo lagi, mereka berdua masih berhubung sehingga kini malah kedua-dua mereka mempunyai nama panggilan khas yang direka oleh mereka.

Pelakon berusia 40 tahun itu berkata bahawa Lee Dong Wook mempunyai tabiat pelik iaitu sering menghantar pesanan mesej yang sama sebanyak dua kali. “Dia (Lee Dong Wook) menaip ‘Apa yang sedang dilakukan kamu? Apa yang sedang dilakukan kamu?’, ‘Di mana kamu? Di mana kamu?’ sebanyak dua kali,” ujar Gong Yoo. Hal ini turut diakui oleh Lee Dong Wook sendiri. – Agensi

Pelakon berusia 40 tahun itu berkata bahawa Lee Dong Wook mempunyai tabiat pelik iaitu sering menghantar pesanan mesej yang sama sebanyak dua kali. – Agensi