Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dedahkan hala tuju pelajar

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Dengan matlamat untuk memberikan pendedahan dan peluang bagi mereka yang berminat untuk membina kerjaya dalam industri hospitaliti dan pelancongan, Jabatan Kemajuan Pelancongan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan mengadakan ceramah kerjaya yang berlangsung di Sekolah Menengah Masin, baru-baru ini.

    Ceramah kerjaya itu dihadiri oleh kira-kira 200 orang pelajar Sekolah Menengah Masin di mana ia mendidik dan memberikan inspirasi kepada belia yang akan menjadi profesional pelancongan dan hospitaliti pada masa hadapan.

    Ceramah itu mengetengahkan laluan kerjaya dalam industri pelancongan dan hospitaliti di Negara Brunei Darussalam di mana taklimat serta pembentangan telah disampaikan oleh para profesional dan pakar industri dari Hotel Roomz, TravelHub Tours and Travel Sdn Bhd dan Royal Brunei Culinary.

    Ia memberikan para pelajar kefahaman yang mendalam mengenai kelayakan, kemahiran, keperluan dan pengalaman yang diperlukan untuk berjaya dalam industri berkenaan.

    Di samping itu, sesi berkenaan juga mengetengahkan hala laluan pendidikan bagi para individu untuk mendapatkan ilmu pengetahuan serta kepakaran yang diperlukan bagi memperoleh kejayaan dalam kerjaya pelancongan dan hospitaliti.

    Jabatan Kemajuan Pelancongan akan mengadakan lebih banyak ceramah kerjaya dengan institusi dan sekolah-sekolah di Negara Brunei Darussalam untuk menyediakan kefahaman yang mendalam kepada para pelajar mengenai peluang-peluang yang terdapat bagi mereka.

    Taklimat kerjaya dalam industri pelancongan dan hospitaliti disampaikan kepada para pelajar Sekolah Menengah Masin, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JABATAN KEMAJUAN PELANCONGAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda