Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dedahkan program akademik pelajar

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Dengan hasrat untuk mendedahkan mengenai program-program akademik serta aktiviti para pelajar, Fakulti Bahasa Arab, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Hari Terbuka Fakulti Bahasa Arab, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal. Turut hadir ialah pegawai-pegawai eksekutif, pegawai-pegawai utama, staf akademik dan pelajar-pelajar UNISSA. Hari terbuka fakulti berkenaan turut dihasratkan untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama pelajar dari pelbagai fakulti dan juga antara warga akademik UNISSA.

    Dalam majlis berkenaan, Dr Haji Norarfan juga berkesudian melancarkan laporan tahunan Fakulti Bahasa Arab 2015 – Ogos 2019, handbook fakulti sesi pengajian 2019-2020, Program Mentorship, Badan Pelajar Fakulti Bahasa Arab dan kelab-kelab Bahasa Arab.

    Menurut Dekan Fakulti Bahasa Arab, Profesor Madya Dr Siti Sara binti Haji Ahmad, program itu merupakan yang julung-julung kalinya diadakan dan akan menjadi acara tahunan fakulti.

    Pendedahan itu bukan sahaja tertumpu kepada warga pelajar UNISSA, bahkan akan dilanjutkan kepada semua sekolah Arab di Negara Brunei Darussalam memandangkan mereka merupakan penyalur utama bagi Fakulti Bahasa Arab.

    Dr Haji Norarfan menyaksikan dan mendengar penerangan mengenai pameran yang diadakan semasa Hari Terbuka Fakulti Bahasa Arab, UNISSA, baru-baru ini. – Gambar oleh UNISSA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda