Tuesday, January 7, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Dede tidak malu kerja sebagai pelayan restoran

    Selepas memilih untuk mencuba nasib dalam dunia politik, pelawak dan pelakon Indonesia iaitu Dede Sunandar mengakui tidak lagi menerima tawaran berlakon.

    Gara-gara nasib kurang menyebelahi dalam dunia politik, Dede, 34, terpaksa mengambil keputusan menjadi seorang pelayan di sebuah restoran di Pantai Indai Kapuk, Jakarta Barat.

    Memetik laporan mStar, dia terpaksa bekerja di restoran berkenaan kerana perlu meneruskan kelangsungan hidup menyara keluarga.

    “Sebenarnya di televisyen bukan tiada ada, tapi belum dipanggil buat masa ini.

    “Ya kalau itu keadaannya memang terpaksa la kan sebab tawaran di TV sudah tiada, duit simpanan memang ada tapi lama kelamaan juga bakal berkurang,” kata Dede.

    Sebelum ini tular di media sosial gambar lelaki miripnya yang sedang bekerja dan menimbulkan tanda tanya orang ramai adakah individu tersebut adalah dirinya.

    Dalam pada itu, Dede memberitahu dia juga ditawarkan menjadi pengurus acara serta membantu sebagai pelayan dan barista.

    Meskipun ramai pelanggannya mempersoalkan status pekerjaannya namun perkara itu tidak menjejaskan dirinya selagi pekerjaan dilakukan itu memberikan hasil halal. – Agensi

    Dede rindu nak aktif semula dalam industri seni. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda