Thursday, October 10, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Deeney: Gunners ‘kurang keberanian’

    LONDON, 16 Okt – Pemain Watford, Troy Deeney telah menuduh barisan bintang Arsenal ‘kurang keberanian’ selepas Gunners tewas mengejut 2-1 di Vicarage Road.

    Deeney menjaringkan gol penyamaan untuk Watford menerusi penalti dan Tom Cleverley melengkapkan kebangkitan dengan gol kemenangan di masa kecederaan.

    Bos Gunners, Arsene Wenger berang dengan apa yang dia rasakan sebagai keputusan ‘mengejut’ bagi sepakan penalti atas cabaran Hector Bellerin ke atas Richarlison.

    Tetapi Deeney mengecam aduan Wenger dan menegaskan Arsebal perlu lebih memikirkan dengan cara mereka bermain sehingga melepaskan pendahuluan oleh pendekatan fizikal Watford.

    “Saya sudah mendengar Wenger menyalahkan (keputusan) sebagai sebab utama mereka tewas,” kata Deeney.

    “Saya tidak menjadi orang yang akan memberitahu Wenger mengenai dirinya, tetapi terdapat sebab kenapa mereka tewas dan ia bukan kerana satu penalti.

    “Saya perlu berhati-hati dengan apa yang saya katakan. Ia adalah kerana kurang keberanian.

    “Setiap kali saya bermain menentang Arsenal, saya akan ke atas dan fikir ‘saya mahu menjaringkan satu gol dan lihat siapa yang lebih mahukan kemenangan’.

    “Saya tahu saya tidak memiliki bakat teknikal seperti mereka, tidak juga pantas, tetapi jika anda mahu bertarung dengan saya, saya akan menewaskan anda sepanjang hari.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda