Tuesday, September 17, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Deepika Padukone, Ranveer Singh sambut kelahiran anak perempuan

    Pasangan pelakon Bollywood iaitu Deepika Padukone dan Ranveer Singh berkongsi khabar gembira menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka.

    Secara ringkas mereka memaklumkan tentang kelahiran anak damit perempuan itu kelmarin.

    “Selamat datang anak perempuan,” tulis pada satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram kedua-duanya.

    Memetik laporan mStar, perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai peminat termasuk rakan-rakan selebriti yang mengucapkan tahniah buat mereka.

    Pada Februari lalu mereka berkongsi tentang kehamilan anak pertama dan turut menulis bakal bergelar ibu bapa.

    Awal September lalu, mereka berkongsi gambar berdua menunjukkan baby bump seakan memberitahu anak berkenaan akan dilahirkan dalam masa terdekat.

    Untuk rekod Deepika dan Ranveer berkahwin pada 2018 dalam satu majlis tertutup di lake Como, Itali. – Agensi

    Deepika dan Ranveer teruja sambut anak sulung mereka. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda