Thursday, September 19, 2024
34.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Deepika Padukone teruja nak jadi ibu

    Bakal menimang cahaya mata pertama September ini, pelakon Bolllywood, Deepika Padukone, mengambil tempoh berehat demi memberi fokus kepada keluarga.

    Malah pelakon itu juga dikatakan tidak lagi menerima mana-mana tawaran dalam masa terdekat selain menolak sebuah kontrak dengan sebuah drama bersiri popular terbitan syarikat dari Amerika Syarikat.

    Menurut seorang rakannya, Deepika juga merancang untuk menguruskan anaknya itu nanti tanpa menggunakan khidmat pembantu.

    “Deepika kini fokus untuk menjadi ibu dan tidak akan menandatangani kontrak filem baharu. Dia juga menolak tawaran drama bersiri terkenal.

    “Rasanya dia tidak akan kembali berlakon dalam masa terdekat.

    “Dia sangat teruja untuk menjadi ibu. Dia mahu menjaga sendiri anaknya dan tidak bergantung kepada bantuan orang lain,” kata sumber berkenaan seperti yang dipetik dari Times Now.

    Dalam masa sama suami kepada Deepika iaitu aktor Ranveer Singh juga amat mementingkan kesihatan isterinya itu sepanjang tempoh hamil.

    “Sejak Deepika hamil, Ranveer sentiasa mengelakkan isterinya daripada cerita-cerita toksik di media sosial,” ujarnya.

    Deepika dan Ranveer mendirikan rumah tangga pada Oktober 2018 dan berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata pertama pada Februari lalu. – Agensi

    Deepika tak rancang aktif dalam dunia seni dalam masa terdekat. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda