Monday, April 21, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Deeya Myrza kebanggaan negara

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Karya seni Dayangku Deeya Myrza binti Pengiran Khamarul Zaman dari Sekolah Menengah Seri Mulia Sarjana telah dipilih sebagai pemenang Festival Seni Sekolah Tinggi Antarabangsa di Jepun.

    Sehubungan dengan itu, Dayangku Deeya Myrza telah berlepas ke Jepun kelmarin untuk menghadiri majlis penyampaian anugerah yang akan berlangsung di Pusat Seni Kebangsaan Tokyo pada 7 Ogos.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat belayar ialah Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Awang Muhammad Norilham bin Haji Jais.

    Pameran edisi ke-20 anjuran Yayasan Antarabangsa untuk Seni dan Budaya (IFAC) merupakan satu-satunya pameran seni kebangsaan di Jepun yang menerima secara eksklusif karya seni pelajar sekolah menengah.

    Festival seni lukis itu bermatlamat memupuk bakat-bakat seni muda abad ke-21 dan menggalakkan pertukaran antarabangsa melalui seni lukis bagi membantu membangunkan individu yang boleh memberi sumbangan kepada masyarakat antarabangsa pada masa akan datang.

    Selain itu, festival berkenaan juga diadakan bagi mempamerkan hasil karya seni para pelajar luar negara bersama karya seni pelajar sekolah menengah di Jepun yang telah memenangi anugerah.

    Lima buah karya seni lukisan terbaik para pelajar dari setiap negara dihantar ke Jepun untuk menyertai festival itu dan karya-karya berkenaan akan dipamerkan di Pusat Seni Kebangsaan Tokyo sehingga 18 Ogos.

    Hanya seorang pelajar dari setiap negara akan dipilih untuk memenangi pertandingan berkenaan dan dijemput ke Jepun bagi menghadiri majlis penyampaian anugerah.

    Awang Muhammad Norilham memberikan kata-kata semangat kepada Dayangku Deeya Myrza sebelum berlepas ke Jepun. – Gambar oleh JPKK

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda