Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Defender 130 tersendiri, berkemampuan, tahan lasak

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Indera Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal Jaguar Land Rover di Brunei, semalam telah memperkenalkan Land Rover Defender 130 baharu dalam pratonton eksklusif di Bilik Pameran Land Rover, Beribi.

    Pengurus Besar Indera Motors Sdn Bhd, Alfred Yong Foh Sen, para pengurus, tetamu jemputan dan pengamal media telah menghadiri acara pratonton tersebut.

    Alfred Yong dalam ucapannya berkata, “Defender ialah kenderaan yang digemari ramai. Ia berbeza, berkemampuan dan tahan lama, dengan kekayaan sejarah yang boleh dikesan hingga dari permulaan Land Rover.”

    Beliau menambah, “Defender 130 baharu membawa dimensi baharu keupayaan kepada keluarga kenderaan kami yang paling tahan lasak.”

    Bahagian dalamannya yang luas boleh memuatkan sehingga lapan orang dengan keselesaan terbaik, membolehkan peluang pengembaraan yang tiada tandingan untuk keluarga, dengan reka bentuk yang unik untuk mencipta pengalaman Defender baharu yang tersendiri, jelasnya.

    Alfred Yong Foh Sen bersama pasukannya menaiki Defender 130 yang diperkenalkan pada acara pratonton berkenaan. – Gambar oleh James Kon

    Pada acara itu, Defender 130 telah diumumkan oleh Pengurus Jualan, Awang Hairol Ajak; Pengurus Selepas Jualan, Ong Ching Chai dan Defender Champion, Pengiran Nizem.

    Pada masa ini, hanya terdapat dua unit Defender 130 di bilik pameran tersebut.

    Pelbagai penambahbaikan dan teknologi reka bentuk luaran dan dalaman membezakan Defender 130 baharu, secara unik mengimbangi keselesaan dengan ketahanan dan keupayaan Defender yang lazimnya.

    Defender terbaharu itu mempunyai pelet warna tersendiri, dengan pilihan Sedona Red baharu yang eksklusif memastikan 130 itu menonjol dalam barisannya.

    Reka bentuk dalaman menampilkan pilihan warna dan bahan baharu, memberikan pengalaman semua rupa bentuk bumi yang diperkuatkan. Teknologi bersambung dan sistem casis terkini memberikan sokongan dan keselesaan terbaik untuk persiaran luar jalan moden.

    Ia tersedia dengan pilihan rangkaian kuasa elektrik yang berkuasa dan cekap, termasuk petrol enam silinder Ingenium mild-hybrid P300 dan P400, dan diesel enam silinder Ingenium D250 dan D300.

    Teknologi Kenderaan Elektrik Mild-Hybrid (MHEV) menyokong rangkaian kuasa Ingenium enam silinder Land Rover, memberikan respons yang lancar serta penjimatan bahan api dipertingkatkan.

    Setiap Defender 130 dilengkapi dengan sistem Pemacu Semua Roda Pintar (iAWD) Land Rover dan transmisi automatik ZF lapan kelajuan secara standard.

    Kenderaan berkenaan boleh didapati dalam spesifikasi SE, HSE, X-Dynamic dan X, serta tersedia untuk tontonan dan penyesuaian di Bilik Pameran Land Rover, Beribi sehingga hujung minggu ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda