BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Defender 4×4 telah dikemas kini dengan ciri set mewah yang meningkatkan keselesaan untuk perjalanan.
Perkara tersebut telah diumumkan hari ini melalui kenyataan daripada Indera Motors Sdn Bhd sebagai pengedar dan peruncit tunggal untuk kereta premium British, Jaguar Land Rover, di Brunei Darussalam.
Menurut kenyataan, Pek Kerusi Kapten baharu bagi model Defender 130 memberikan keselesaan dan kemewahan terbaik pada baris kedua bahagian duduk belakang, serta memberikan akses ruang yang luas dibaris ketiga belakang kereta berkenaan.
Pilihan tempat duduk baharu untuk barisan kedua meningkatkan pengalaman penumpang dengan dua tempat duduk mewah individu.
Sementara itu, keselesaan penumpang juga dipertingkatkan dengan pek dalaman baharu. Pek ruang dalaman, atau lebih dikenali dengan Signature Interior Pack itu menggabungkan reka bentuk eksklusif dengan peningkatan yang komprehensif mempamerkan tempat duduk dan kemasannya yang tersendiri.
Di barisan hadapan pula menyediakan tempat duduk dengan kawalan elektrik 14 hala dengan fungsi pemanasan, penyejukan dan memory, termasuk sandaran kepala bersayap baharu untuk sokongan kepala.
Pek yang mewah itu menyediakan peningkatan material untuk sentuhan yang lebih tinggi di seluruh kabin Defender.
“Visi kami untuk Defender adalah bagi terus menambah baik kenderaan berkenaan,” kata Pengarah Urusan Defender, Mark Cameron.
Range Rover Defender juga telah memperkenalkan Defender 110 Edisi Sedona baharu yang menampilkan warna yang menarik perhatian kepada reka bentuk kereta tersebut dengan sentuhan Merah Sedona yang unik dan kemasan luar yang eksklusif.
Defender setentunya akan membawa pengembaraan mewah ke tahap baharu lagi dengan rangkaian penambahbaikan merentas barisan jenama, di mana pengenalan Defender 110 Edisi Sedona dan tahap spesifikasi yang dipermudahkan menjadikannya sebagai kereta pilihan yang sempurna.
