PARIS, 30 MEI – Defisit belanjawan Perancis untuk 2021 akan mencecah 220 bilion euro, kira-kira 47 bilion lebih tinggi daripada anggaran sebelumnya, beritahu Olivier Dussopt, menteri akaun awam, kepada AFP semalam.
Peningkatan merupakan ‘hasil langkah sokongan yang kami lancarkan secara berterusan untuk menyokong pemulihan’ akibat kesan teruk koronavirus ke atas penutupan ekonomi kedua terbesar zon euro, kata beliau.
Masih tidak jelas bagaimana angka baharu itu akan menjejas defisit belanjawan apabila dinyatakan sebagai peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP), yang sebelumnya diramalkan mencecah 9 peratus pada tahun ini, rekod pasca peperangan. Hutang awam sebelum ini diramalkan mencecah 118 peratus daripada KDNK.
Pandemik COVID-19 dijangka menelan kos setengah trilion euro untuk kerajaan Perancis dalam tempoh tiga tahun – 158 bilion euro pada 2020, jangkaan 171 bilion euro pada 2021 dan diramalkan 96 bilion euro pada 2022, kata Dussopt pada April.
Perancis telah meminjam banyak wang untuk mengapungkan ekonomi sepanjang tempoh tiga sekatan yang dilancarkan di seluruh negara, termasuk wang yang dibelanjakan untuk menyokong gaji penduduk yang diberi cuti dari bertugas dan bantuan untuk syarikat yang bergelut untuk kekal bertahan semasa krisis. – AFP