Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Defisit dagangan AS pada Mac susut

    WASHINGTON, 5 Mei – Defisit perdagangan AS semakin berkurangan pada Mac meskipun import yang tinggi dari Mexico dan satu kemerosotan dalam jumlah eksport, lapor Jabatan Perdagangan semalam.

    Harga minyak import yang meningkat, yang mencecah tahap tinggi dua tahun, membantu merangsang defisit perdagangan, yang telah menjadi tumpuan utama dalam agenda ekonomi pentadbiran Trump.

    Jurang dagangan merosot 0.1 peratus pada Mac kepada AS$43.7 bilion. Penganalisis telah menjangka defisit meningkat 1.4 peratus, menurut ramalan yang dipersetujui bersama.

    Jumlah eksport merosot 0.9 peratus untuk bulan tersebut AS$191 bilion, kemerosotan terbesar sejak Oktober. Import juga berkurangan, merosot 0.7 peratus kepada AS$234.7 bilion.

    Import dari Mexico mencecah AS$28.1 bilion, yang tertinggi pernah dicatat, mendorong defisit dengan negara jiran selatan meningkat kepada tahap tertinggi dalam hampir 10 tahun.

    Presiden Donald Trump dijangka merunding semula Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara, yang menghubungkan Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat, dan telah mengugut akan menarik diri melainkan AS mendapat perjanjian yang menguntungkan. Beliau telah menggelar NAFTA satu “bencana.’

    Untuk tiga bulan pertama tahun ini, jurang perdagangan adalah 7.5 peratus lebih tinggi daripada tempoh yang sama pada 2016.

    “Ia adalah satu kejutan yang menyeronokkan,” kata Ian Shepherdson daripada Pantheon Makaroekonomi dalam satu nota pelanggan. “Data menandakan satu pertambahan kecil dalam defisit.”

    Aliran barangan dan perkhidmatan AS kepada beberapa rakan perniagaan yang dikritik oleh pentadbiran Trump adalah memberangsangkan dalam bulan terbaru.

    Eksport ke Kesatuan Eropah dan Korea Selatan mencecah rekod tinggi pada AS$25.7 bilion dan AS$4.4 bilion masing-masing, sementara eksport ke Jerman adalah yang tertinggi dalam hampir sembilan tahun pada AS$5 bilion. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda