Friday, July 25, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    De’Knights Tugger sertai kejohanan tarik kalat di Sarawak

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JULAI – Pasukan De’Knights Tugger akan mewakili negara di Kejohanan Tarik Tali Terbuka Lelaki sempena Pesta Sematan 2025, yang akan berlangsung pada 26 Julai, di Daerah Kecil Sematan, Sarawak. 
     
    Pasukan Bebuloh Tuggers dari Kampung Bebuloh turut diserap masuk ke dalam pasukan De’Knights Tugger untuk menggalas cabaran di kejohanan ini yang akan mempertandingkan kategori 640kg berat terkumpul bagi lapan penarik.
     
    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) bagi mengucapkan selamat belayar ialah Setiausaha Agung Persatuan Tarik Kalat Negara Brunei Darussalam (BDTA), Pengiran Haji Mohd Iskandar Shah Bin Haji Jahid dan Pemangku Ketua Kampung Bebuloh, Awang Mohd Firdaus bin Haji Said.
     
    Pasukan De’Knights Tugger bergambar ramai di LTAB sebelum berlepas ke Sematan, Sarawak. – GAMBAR SERAHAN DEDDY
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda