PARIS, 3 Nov – Juan Martin del Potro menikmati ‘pertarungan’ untuk melayakkan diri ke Final Jelajah Dunia selepas menewaskan Robon Haase 7-5, 6-4 dalam pusingan 16 terakhir Paris Masters kelmarin.
Bekas juara Terbuka AS itu akan mengambil kedudukan kelapan dan slot terakhir kelayakan bagi London daripada Pablo Carreno Busta jika dia mara ke separuh akhir di Bercy.
Dia akan berdepan dengan pemain pilihan kesembilan, John Isner dalam peringkat lapan terakhir selepas warga Amerika itu menewaskan Grigor Dimitrov 7-6 (12/10), 5-7, 7-6 (7/3) dalam satu pertembungan sengit.
Pemenang kedua tahun lepas, Isner akan layak ke London Finals jika dia memenangi kejohanan di Paris.
“Ia akan menjadi pertarungan menarik pada pusingan seterusnya dalam usaha untuk layak ke London,” kata De Potro, yang dolihat mahu membuat penampilan pertama di kejohanan lapan orang penamat musim itu sejak 2013.
“Tetapi saya fikir saya mempunyai dua pilihan untuk diambil, satu London dan satu lagi tanah air serta cuti.
“Kedua-duanya hebat bagi saya, tapi setentunya, saya mahu mara ke London sekali lagi.”
Pemain pilihan ke-13 itu tidak mempunyai banyak masalah menyingkirkan Haase. – AFP