Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Del Toro cipta sejarah Mexico di Giro d’Italia

    SIENA, ITALI, 20 MEI – Isaac Del Toro melakar sejarah sebagai pelumba Mexico pertama yang memimpin keseluruhan saingan Giro d’Italia, meskipun tewas di garisan penamat kepada bintang Belgium, Wout van Aert, dalam peringkat kesembilan yang mencabar dan berdebu pada Ahad.

    Van Aert, 30, menewaskan Del Toro dalam pecut akhir di penghujung laluan sejauh 181 kilometer dari Gubbio ke Siena, yang menguji ketahanan pelumba melalui laluan berbatu dan berdebu di kawasan bergelora Tuscany – menyerupai cabaran Strade Bianche.

    Giulio Ciccone menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, 58 saat di belakang, manakala hari malang menimpa pilihan utama kejohanan, Primoz Roglic, yang bergelut akibat kemalangan dan tayar pancit.

    Kemenangan itu menjadi yang pertama buat Van Aert musim ini dan juga kemenangan peringkat sulung dalam penyertaannya di Giro. Sebelum ini, dia pernah memenangi sembilan peringkat di Tour de France dan tiga di Vuelta a Espana.

    “Senang untuk kata kemenangan ini sangat bermakna, tapi saya hampir tidak mampu ungkapkannya,” kata Van Aert.

    “Saya rasa memang sepatutnya saya menang di sini, sebab tempat inilah kerjaya saya di jalan raya bermula pada 2018. Untuk kembali menang selepas tempoh lama tanpa kejayaan… perasaan ini sungguh luar biasa.”

    Peringkat ke-9 ini menyaksikan perlumbaan meletus sejak dua sektor awal laluan berbatu, apabila habuk tebal dan kerikil memenuhi udara, menambah cabaran kepada para pelumba. Enam pelumba pendahulu dipintas sebelum sektor pertama selesai dan bakinya disapu di sektor kedua – ketika itu, Roglic turut terlibat dalam kemalangan. – AP

    Aksi Isaac Del Toro dan Van Aert ketika peringkat ke-9 perlumbaan Giro d’Italia ke-108 di Colle Pinzuto, Siena pada 18 Mei. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    Berita Berkaitan

    Firdaus, Izzah dinobat pelumba terbaik Malaysia 2025

    KUALA LUMPUR, 19 OKT - Dua atlet berbasikal trek...

    Mohammad Yusof Hafizi berjaya raih pingat perak 1km ujian masa

    KUALA LUMPUR, 17 OKT - Atlet para Malaysia, Muhammad...

    57 pelumba basikal sertai Panaga Criterium

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 12 OKT - Seramai 57...

    Pogacar kekal bermotivasi hadapi kejohanan dunia

    KIGALI, 12 SEPT - Juara bertahan Tour de France,...

    Terkini

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    NORTH CAROLINA, 23 NOV – Seorang pemandu di barat...

    23 kanak-kanak maut kebuluran

    KAHERAH, 23 NOV — Seramai 23 kanak-kanak maut akibat...