Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Delegasi anggota MABIMS diraikan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JULAI – Delegasi negara-negara anggota MABIMS yang bersidang pada Mesyuarat Jawatankuasa Pandu (Teknikal) Penerbitan Tafsir ‘Ilmi (Ayat-ayat Kauniyyat) dan Mesyuarat Jawatankuasa Induk (Teknikal) Potensi Belia Islam MABIMS telah diraikan pada majlis makan malam di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, semalam.

    Majlis berkenaan diadakan oleh Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim, selaku Ketua Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) Negara Brunei Darussalam, Negara Penghubung Tetap MABIMS.

    Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Antarabangsa dan MABIMS, KHEU selaku Ketua Sekretariat MABIMS Brunei Darussalam, Haji Mohammad Albi bin Haji Ibrahim dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan delegasi dari Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura serta berharap agar mesyuarat-mesyuarat berkenaan akan dapat meneruskan kerjasama yang sedia ada dan dapat mengukuhkan lagi persaudaraan antara negara anggota MABIMS.

    Turut hadir ialah para pengarah dan pegawai-pegawai kanan KHEU serta perwakilan dari setiap negara anggota MABIMS bagi Mesyuarat Jawatankuasa Pandu (Teknikal) Penerbitan Tafsir ‘Ilmi (Ayat-ayat Kauniyyat) dan Mesyuarat Jawatankuasa Induk (Teknikal) Potensi Belia Islam MABIMS serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan Majlis Belia Brunei.

    Haji Mohammad Rosli, Haji Mohammad Albi bersama delegasi negara-negara anggota MABIMS bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda