Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Delegasi China, Australia lawat BWT

    Oleh James Kon – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JAN – Delegasi dari China telah melawat pusat latihan Pasukan Wusyu Brunei (BWT) di Kompleks Sukan Menglait pada petang kelmarin.

    Delegasi tersebut terdiri daripada Profesor Li Shaocheng dari Universiti Lanzhou China yang merupakan Ketua Pengadil Wusyu Sukan Asia Tenggara bersama isteri, Chen Jing; Profesor Shi Mei dari Universiti Lanzhou China; juara Sukan Asia Hangzhou 2022, Chang Zhizhao; Pensyarah Jabatan Wusyu di Universiti Lanzhou, Wu Xinxin; Pensyarah Jabatan Wusyu di Universiti Lanzhou, Zhang Yunfei; dan Profesor di Institut Ibu Kota Pendidikan Jasmani dan Hakim Wusyu, Meng Tao.

    Hadir menyambut kedatangan delegasi tersebut ialah Presiden Persekutuan Wusyu Negara Brunei Darussalam, Lim Boon Hwa, bersama Jurulatih Wusyu Kebangsaan, Li Hui dan Zhao Chunjie.

    Menurut Li Hui, “Ini adalah kali pertama Profesor Li Shaocheng melawat Brunei dan beliau melahirkan rasa kagum terhadap tahap kemahiran wusyu yang tinggi dalam kalangan atlet Brunei, khususnya, Basma Lachkar.

    Beliau juga menyaksikan latihan peringkat pertengahan dan atlet baharu, dan berasa gembira apabila mengetahui terdapat penggantian berterusan untuk atlet wusyu masa depan di Brunei.”

    Li Hui turut menambah Chang Zhizhao juga mempamerkan kemahiran wusyunya dan menerima sanjungan daripada atlet wusyu Brunei.

    Selain lawatan delegasi China, secara kebetulan sekumpulan lima orang atlet wusyu elit dari Australia yang diketuai oleh Ketua Jurulatih Taolu bagi Pasukan Kebangsaan Australia, Dr Tan Kee Lee, juga telah melawat dan sekali gus menghadiri latihan selama seminggu bersama pasukan wusyu Brunei.

    Li Hui berkata, “Lawatan daripada atlet wusyu tersebut akan menjadi pertukaran yang sangat baik dengan atlet kita.

    Imej kami di peringkat antarabangsa semakin meningkat dan kami akan terus membawa atlet kami ke pencapaian tertinggi di peringkat serantau dan antarabangsa.”

    Gambar kumpulan delegasi China dan Australia bersama Boon Hwa dan Li Hui serta atlet-atlet wusyu. – GAMBAR SERAHAN BWT
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda