Thursday, April 25, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Delegasi FABD lawat Rumah AFC

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Delegasi Persatuan Bola sepak Brunei Darussalam (FABD) telah melawat Rumah Konfederasi Bola sepak Asia (AFC) di Kuala Lumpur, Malaysia, baru-baru ini.

    Hadir mengetuai delegasi tersebut ialah Presiden FABD, Pengiran Haji Matusin bin Pengiran Haji Matasan. Turut menyertai rombongan tersebut ialah ahli jawatankuasa eksekutif dan Setiausaha Agung, Awang Mohd Shahnon bin Haji Mohd Salleh.

    Sementara itu, delegasi tersebut telah disambut oleh Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John dan Timbalan Setiausaha Agung AFC, Vahid Kardany.

    Lawatan tersebut menandakan bahawa ia adalah kali pertama AFC membuka pintunya untuk persatuan ahli (MA) sejak berlakunya penularan wabak COVID.

    Pada lawatan tersebut juga, pihak FABD telah diberikan taklimat ringkas mengenai visi dan misi AFC serta sekali gus mengenalkan dua inisiatif baharu yang telah dilaksanakan iaitu Extra-Time dan Advantage Programmes.

    Pengiran Haji Matusin dan delegasi FABD serta pihak AFC semasa sesi bergambar ramai ketika lawatan tersebut di Rumah AFC, Kuala Lumpur, Malaysia, baru-baru ini. – Gambar serahan AFC

    Inisiatif tersebut telah diluluskan oleh Jawatankuasa Eksekutif AFC pada bulan lalu dengan tujuan untuk mengukuhkan dan mempercepatkan kapasiti MA AFC dalam mengembangkan sukan tersebut di seluruh benua.

    Kedua-dua pihak AFC dan FABD telah menitik beratkan semangat perpaduan dalam keluarga bola sepak Asia dan mengukuhkan kesediaan untuk bekerjasama rapat bagi memastikan pembangunan tersebut berterusan di seluruh benua.

    Datuk Seri Windsor John juga mengongsikan bahawa “AFC berbesar hati dalam mengalu-alukan FABD ke rumah bola sepak Asia. Ia sememangnya mencabar untuk semua orang sejak dua tahun lalu tetapi AFC tetap komited dalam usahanya untuk membantu dan bekerjasama dengan FABD untuk mengembangkan sukan bola sepak di semua peringkat.”

    Sementara itu, Pengiran Haji Matusin berkata bahawa sejak dua tahun kebelakangan ini, mereka telah kehilangan ramai rakan dalam keluarga besar bola sepak Asia dan mengambil masa sejenak untuk mengingati mereka. “Saya juga ingin berterima kasih kepada AFC dan semua yang telah membantu dalam mengembang sukan bola sepak di negara kami,” tambahnya.

    “FABD akan terus memupuk hubungan rapat dengan AFC dan keluarga besar bola sepak Asia,” tambah Presiden FABD lagi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...