Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Delegasi kerajaan Kemboja ke Perbadanan Labuan untuk kerjasama ekonomi

    LABUAN, 13 FEB – Lebih banyak kerjasama dalam pelaburan dan perdagangan dijangka direalisasikan antara pemain industri Labuan dan Kemboja berikutan lawatan sambil belajar teknikal oleh delegasi peringkat tinggi daripada kerajaan Kemboja ke Perbadanan Labuan (LC) hari ini.

    Lawatan seramai 22 orang perwakilan dari Kementerian Ekonomi dan Kewangan Kemboja (Jabatan Dasar) itu diketuai oleh Timbalan Pengarahnya Chea Kok Hong yang diselaraskan oleh My Iskandar Sdn Bhd, cabang pelaburan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

    “Kami memberi tumpuan kepada tiga bidang ekonomi yang berpotensi untuk zon perindustrian baharu kami di Wilayah Preah Sihanouk yang mungkin boleh kami terokai, promosi dan pelajari daripada Labuan.

    “Bidang yang kami fokuskan ialah perkhidmatan kewangan, sektor berkaitan minyak dan gas serta eko-pelancongan. Kami berharap akan dapat memperoleh pengetahuan teknologi daripada pihak berkuasa tempatan di sini,” kata Chea kepada Bernama selepas taklimat mengenai sejarah dan pembangunan ekonomi Labuan hari ini. – Bernama

    Timbalan Pengarah Kementerian Ekonomi dan Kewangan Kemboja (Jabatan Besar Dasar), Chea Kok Hong (kiri) semasa lawatan delegasi ke Perbadanan Labuan (LC). – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda