Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Delegasi Mahkamah Syariah berlepas ke Singapura

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Delegasi Mahkamah-mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri kelmarin berlepas ke Singapura untuk menghadiri Persidangan Mahkamah Syariah Singapura ke-65 (SYC65) dan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-65 Mahkamah Syariah Singapura pada 24 November.

    Rombongan diketuai oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Yang Arif Haji Hassan bin Haji Metali. Turut serta menghadiri persidangan tersebut ialah Pemangku Ketua Pendaftar, Mahkamah Rayuan Syariah, Pengiran Mohammaddin bin Pengiran Haji Aliakbar.

    Persidangan tersebut dengan tema Forward: For Families, For Community dan majlis bertemakan Rooted in Tradition, Ready for Tomorrow dianjurkan oleh Mahkamah Syariah Singapura yang melibatkan Republik Singapura sendiri yang terdiri daripada para pegawai tinggi Mahkamah Syariah Singapura, bekas pemegang jawatan Mahkamah Syariah Singapura, para asatizah, peguam, karyawan dari lapangan sains sosial dan agensi-agensi pemerintah dan masyarakat, wakil-wakil dari Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Malaysia.

    Persidangan dan majlis tersebut diharap akan dapat mengeratkan hubungan khususnya dalam bidang kehakiman syariah antara negara yang terlibat.

    Yang Arif Haji Hassan dan Pengiran Mohammaddin sebelum berlepas ke Singapura untuk menghadiri SYC65 dan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-65 Mahkamah Syariah Singapura. – GAMBAR SERAHAN MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda