Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Delegasi Malaysia tinjau pelaburan di India

    NEW DELHI, 12 Okt – Delegasi perniagaan Malaysia telah mengunjungi negeri Uttarakhand di utara India untuk meninjau pelaburan dalam projek pelancongan, pendidikan dan infrastruktur.

    Kumpulan yang terdiri daripada lapan ahli perniagaan dari Dewan Usahawan India Malaysia (IECM) dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India Datuk Hidayat Abdul Hamid membincangkan mengenai potensi peluang perniagaan dengan Ketua Menteri Uttarakhand Trivendra Singh Rawat.

    “Kami membincangkan mengenai pelaburan dalam pendidikan, infrastruktur dan pelancongan. Mereka menerima cadangan kami, dan kami akan mengadakan perbincangan lanjut untuk mengukuhkan projek-projek yang dicadangkan,” kata Presiden IECM Bharat Ajmera kepada Bernama pada Rabu.

    Delegasi tersebut turut menemui Menteri Pendidikan Arvind Pandey, Menteri Pelancongan Satpal Maharaj dan pegawai-pegawai kanan di Dehradun pada Isnin.

    Bharat berkata pegawai-pegawai Uttarakhand turut mencadangkan peluang perniagaan lain di negeri itu, menyatakan beliau akan membincangkannya dengan syarikat Malaysia.

    “Kami akan mengunjungi Uttarakhand lagi dalam masa sebulan dengan delegasi lain,” katanya.

    Pada majlis berasingan, syarikat pelancongan Bharat menandatangani perjanjian dengan Ray Foundation, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda