Friday, October 25, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Delegasi PERWIRA sertai forum perniagaan di Hanoi

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Persatuan Veteran Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (PERWIRA) telah menghantar sebuah delegasi ke Forum Perniagaan Veconac yang berlangsung di Hotel Melia, Hanoi, Vietnam bermula hari ini hingga 27 Oktober.

    Menurut kenyataannya, PERWIRA telah diwakili oleh beberapa ahli eksekutif persatuan berkenaan yang diketuai oleh Setiausaha Agung PERWIRA, Mejar (B) Rosnani binti Ismail.

    Delegasi berkenaan termasuk Usahawan Veteran di bawah kepimpinan Penasihat Perniagaan PERWIRA, Kapten (B) Zailan bin Pehin Dato Haji Mohd Don.

    Delegasi berkenaan juga akan disertai oleh Yang Di-Pertua PERWIRA, Leftenan Kolonel (B) Ramli bin Abdul Hadis selepas menamatkan Bengkel Asia Pasifik berhubung Tadbir Urus Baik di Taipei yang dihadirinya pada 21 hingga 24 Oktober.

    Forum berkenaan dipengerusikan bersama oleh Liga Veteran Angkatan Bersenjata Singapura (SAFVL) dan Persatuan Veteran-veteran Vietnam (VAVN) dengan matlamat untuk mempromosikan lagi kerjasama dalam kalangan veteran dalam bidang perniagaan, keusahawanan dan perdagangan.

    Delegasi PEWIRA bergambar ramai sebelum meninggalkan negara. – GAMBAR SERAHAN PEWIRA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda