Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 OGOS – Dua wakil daripada Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) iaitu Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Junaidi bin Haji Hussin dan ahli pengakap dewasa, Dayang Norazlianah binti Ibrahim telah berlepas untuk menghadiri Mesyuarat Persekutuan Pengakap Asia Tenggara bagi Kerjasama Serantau (SEASARC) ke-20 yang berlangsung di Kuala Lumpur, Malaysia.
Mesyuarat yang akan berlangsung selama tiga hari bermula pada 22 hingga 24 Ogos, menghimpunkan negara-negara pengakap di rantau Asia Tenggara.
Pada mesyuarat itu, delegasi PPNBD akan diketuai oleh Yang Dipertua PPNBD, Dato Paduka Haji Idris bin Haji Abas, yang juga memegang jawatan sebagai Pengerusi SEASARC bagi tahun 2025.
Penyertaan PPNBD diharap dapat memperkukuhkan hubungan kerjasama serantau dalam bidang kepengakapan serta memperluaskan peluang pembangunan belia melalui aktiviti dan jaringan antarabangsa.


