Thursday, February 20, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Delegasi Taliban adakan lawatan ke Jepun

    KABUL, 17 FEB – Delegasi kerajaan Taliban melawat Jepun buat pertama kali hari ini, dalam lawatan diplomatik yang jarang berlaku di luar wilayah itu.

    Delegasi Afghanistan meninggalkan Kabul Sabtu lalu, dalam lawatan yang mana menurut media tempatan akan berlangsung selama seminggu melibatkan pegawai daripada kementerian pendidikan tinggi, hal ehwal luar negeri dan ekonomi.

    “Kami mencari interaksi dengan dunia untuk Afghanistan yang kuat, bersatu, maju, makmur dan menjadi ahli aktif masyarakat antarabangsa,” kata Timbalan Menteri di Kementerian Ekonomi, Latif Kabul, yang merupakan sebahagian daripada delegasi.

    Kerajaan Taliban membuat lawatan berkala ke negara jiran dan serantau, termasuk di Asia Tengah, Rusia dan China.Walau bagaimanapun, ia hanya mengadakan lawatan secara rasmi ke Eropah untuk sidang kemuncak diplomasi di Norway pada 2022 dan 2023.

    Kedutaan Jepun di Kabul berpindah sementara ke Qatar selepas kejatuhan kerajaan yang disokong asing sebelum ini dan pengambilalihan oleh Taliban pada 2021.

    Tetapi sejak itu, ia telah dibuka semula dan meneruskan aktiviti diplomatik dan kemanusiaan di negara itu. Delegasi Afghanistan merancang untuk bertukar pandangan dengan pegawai kerajaan Jepun semasa lawatan itu, kata penyiar awam Jepun NHK, memetik sumber diplomatik Afghanistan. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda