Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Delegasi Taliban, Iran bincang prospek damai

    TEHRAN, 31 Dis – Delegasi Taliban Afghanistan telah berada di Iran semalam bagi mengadakan rundingan damai terbaharu bersama para pegawai kanan, menurut jurucakap kementerian luar Iran, hari ini.

    “Semalam, delegasi Taliban berada di Iran dan rundingan telah diadakan bersama timbalan menteri luar Iran.. (Abbas) Aracgchi,” kata jurucakap Bahram Ghasemi dalam satu sidang media yang disiarkan di televisyen.

    “Matlamat utama rundingan tersebut adalah untuk mencari jalan penyelesaian bagi membantu memudahkan rundingan antara kumpulan-kumpulan Afghanistan dan kerajaan negara itu bagi meneruskan rundingan damai di dalam negara,” tambahnya.

    Perkara tersebut berlaku beberapa hari selepas seorang pegawai tertinggi Iran berkata rundingan telah diadakan bersama kumpulan Taliban di Afghanistan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda