Thursday, October 5, 2023
23.2 C
Brunei

    -

    Delegasi YEAB sertai pameran usahawan muda di China

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Persatuan Usahawan Muda Brunei (YEAB) akan menyertai Pameran Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Usahawan Muda China-ASEAN yang akan berlangsung esok hingga 22 September di Zhaoqing, wilayah Guangdong,
    China.

    Delegasi berkenaan terdiri daripada Goh Chai Li, Awangku Abdul Azim bin Pengiran Yusof, Shaikh Ahmad Khalis bin Shaikh Khalid, Alan Wong Yee Phin, Awang Muhammad Syafiq Syukri bin Awang Arifin dan Dayangku Fatin Afiqah binti Pengiran Haji Tajudin.

    Perwakilan berkenaan telah meninggalkan negara hari ini dan hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Chong Chin Yee selaku Naib Presiden 1 YEAB.

    Penyertaan YEAB berkenaan menggambarkan komitmen Brunei terhadap kerjasama serantau, pertumbuhan ekonomi dan pertukaran idea dalam kalangan usahawan muda.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan YEAB, acara berkenaan menandakan peristiwa penting dalam usaha berterusan untuk memupuk hubungan kukuh antara usahawan muda dari China dan negara-negara ASEAN, meningkatkan kerjasama bersama dan mengukuhkan integrasi ekonomi serantau.

    Yang Berhormat Chong Chin Yee bergambar ramai bersama para perwakilan negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan

    Sebagai ahli pengasas pelbagai persatuan berprestij seperti Perikatan Usahawan Muda Komanwel – Asia, Persatuan Usahawan Muda ASEAN China dan Majlis Usahawan Muda ASEAN, YEAB terus berada di barisan hadapan dalam mempromosikan semangat keusahawanan dan kerjasama dalam kalangan belia Brunei.

    Acara berkenaan akan menyediakan platform dinamik bagi tokoh politik dan perniagaan yang dihormati, serta usahawan muda dari China dan negara-negara ASEAN, untuk melibatkan diri dalam dialog yang berwawasan dan meneroka jalan kerjasama baharu di bawah tema ‘Peluang Baharu untuk Kerjasama Usahawan Muda China-ASEAN’.

    Menurut kenyataan itu lagi, Hengyi, penyokong terkemuka YEAB, telah menaja perjalanan penting berkenaan, seterusnya menekankan komitmen mereka untuk memperkasakan usahawan muda Brunei di pentas global.

    Presiden YEAB, Goh Chai Li dalam kenyataan tersebut turut melahirkan rasa terima kasih atas sokongan rakan-rakan kongsi dan ahli, dengan menyatakan, perjalanan menuju ke pameran berkenaan telah dijayakan melalui usaha kolektif rakan kongsi yang berdedikasi dan ahli yang akan menyumbang kepada pengukuhan hubungan antara negara kita dan China.

    Sejak penubuhannya pada tahun 2000, YEAB telah memainkan peranan penting dalam memupuk rangkaian pengalaman keusahawanan, memupuk budaya keusahawanan dan memperjuangkan semangat keusahawanan, sejajar dengan usaha negara mengejar Wawasan Brunei 2035.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pakistan arah warga Afghanistan tinggalkan negara

    ISLAMABAD, 4 OKT - Ratusan ribu rakyat Afghanistan yang tinggal secara haram di Pakistan telah diberi masa sehingga 1 November untuk meninggalkan negara itu...