Friday, September 20, 2024
34.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Delhi lapor kes pertama sub-varian JN.1

    NEW DELHI, 28 DIS – Delhi melaporkan kes pertama JN.1, sub-varian COVID-19 kelmarin di tengah-tengah peningkatan jangkitan virus di negara itu.

    Di India, varian itu kali pertama dikesan di Kerala pada 8 Disember dalam sampel ujian RT-PCR positif seorang wanita berusia 79 tahun.

    Setakat ini sebanyak 110 kes JN.1 dilaporkan di sembilan negeri, termasuk Gujarat, Karnataka, Goa, Maharashtra, Rajasthan, Tamil Nadu dan Telangana.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini berkata strain baharu itu ‘mungkin menyebabkan peningkatan kes SARS-CoV-2 di tengah-tengah lonjakan jangkitan virus dan bakteria lain, terutamanya di negara-negara yang memasuki musim sejuk’.

    Dengan jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat, kemudahan penjagaan kesihatan berprestij Delhi All India Institute of Medical Sciences (AIIMS) telah menubuhkan unit saringan COVID-19 di bahagian kecemasannya, kelmarin.

    India merekodkan 529 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes aktif kepada 4,093 pada kelmarin. Manakala tiga kematian baharu, dua dari Karnataka dan satu dari Gujarat, dilaporkan dalam tempoh itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda