LONDON, 30 MAC – Deliveroo di Britain bakal dilancarkan di pasaran saham yang akan menilai firma hantaran makanan itu pada £7.6 bilion, kata sumber yang rapat dengan perkara itu hari ini.
Tawaran awam awal Deliveroo akan diberi harga £3.90 sesaham, menurut sumber, memberikannya penilaian bernilai 8.9 bilion euro atau AS$10.5 bilion.
Kumpulan itu ‘mempunyai permintaan memberangsangkan dari institusi di seluruh dunia’ untuk tawaran tersebut, beritahu jurucakap kepada AFP.
Berita hari ini keluar sehari selepas Deliveroo berkata IPO disasarkan di antara £7.6 bilion dan £7.85 bilion.
Bagaimanapun, kumpulan itu dipaksa mengurangkan penilaian IPO disebabkan krisis pasaran menyelubungi sektor teknologi baru-baru ini.
Deliveroo pada minggu lalu diberikan permodalan pasaran IPO sehingga £8.8 bilion.
Penyenaraian itu dilihat sebagai satu rangsangan besar kepada sektor kewangan London, dikenali sebagai City, yang kehilangan perniagaan saham Eropah kepada Amsterdam susulan Brexit. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2021/03/PAGE-14-3-Deliveroo_31032021.jpg)